Followers

Wednesday 30 January 2013

Isu kahwin

Alhamdulillah..
Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW..


Pada satu petang..
"Ma... Apa pendapat ma jika anak2 ma ditakdirkan kahwin masa belajar??"
"Apa..?? Dah nak kahwin ke..??"
"Takdelah.. Tapi kak chik tanya kemungkinan yang bakal berlaku je.. hehe.. Biasalah.. anak2 ma kan dah besar.. Contohlah ma.. kalau ade orang masuk mintak kak.. ma dengan abah terima x?"
...Dalam hati.. berani pulak aku tanya soalan ni pada ma.... Masa tu ma ana berubah betul air mukanya..
"Ma bukan apa.. kak dengan kak chik baru je masuk U.. kalau boleh ma nak anak2 ma abiskan dulu belajarnya.. lepas tu kalau nak pikir pasal kahwin.. terserahlah... lagi pon nanti kalau kahwin masa belajar banyak benda nak kena pikir.. tanggungjawab sbgai seorang pelajar,isteri lagi.. nanti mampu ke nak pikul semua tuh?? Kalau nak belajar buat cara nak belajar.."
....Panjang pulak jwpn mak ana bila bab soal kahwin ni....
"Tapi ma.. ramai je orang kahwin masa belajar boleh berjaya.. semuanya atas diri kita..."
"Ye betul.. memang.. Tapi 4 tahun je belajar.. Takkan tak boleh tunggu.. 4 tahun kejap je.. bukannye lame."

Perbualan pada petang tu terhenti kat situ..
Ana rasa ade betulnya jugak pendapat mak ana tu..
4 years only.. Takkan x mampu tunggu?? Am I right??
Kalau zaman sekolah dulu kita sanggup tunggu smpi tamat sekolah menengah..
Takkan yang ni tak sanggup tunggu..
Lagi pun bukannya ade calon lagi..
hehehee..
Saja je nak tengok reaksi ma ana bila ditanya soalan like this...
Soalan cepu mas gitu..
Apa yg ma ana kata.. ana akan ingat... waktu belajar jangan nak pikir bab kahwin..
Tapi kan.. Kadang2 jealous jgk bila ana dgr crite2 dpd kawan yg mak2 dyeorang benarkan kahwin masa belajar.. hehehe..

Tapi takpe.. Kan Ajal Maut~Jodoh Pertemuan Semua Di Tangan Allah Taala..
Jadi muslimah2 jangan risau..
Tapi kita muslimah.. Berusaha dan terus berusahalah terus dan terus menjadi yang solehah..
Jangan ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..
Mengharapkan lelaki yang soleh tapi kita kurang berusaha untuk menjadi wanita yang solehah..

Kata2 yang ana amik dri sahabat ana:
Nak jadi muslimah sejati itu susah,mukminah tambah susah,mujahidah juga payah,istiqamah lagi lah payah,namun susah itu takkan ku endah,akan ku gagah,akan ku tabah,demi Allah,demi solehah,kerna akhir pasti indah.. yakni menang atau Jannati..

Tapi sentiasalah berdoa agar mendapatkan yang baik..
Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya...
"In life Allah does not give u the people u want instead He gives u the people u need, to teach u, to hurt u, to love u and to make u exactly de way u should be.."

Kalau nak mencari cinta..
Carilah cinta Allah dan Rasulullah..
Sebelum kita cuba mengejar cinta manusia yg kita tak tahu yg kita bakal kecewa..
Yup.. kita mengejar cinta Allah dan Rasulullah yang memang kita tak akan kecewa..


Tapi time study.. study.. hargailah peluang dan umur kita sekarang..
Indahnya saat2 belajar di U..
Bahagiakanlah orang tua kita..
Tiada hadiah yang mereka harapkan dari kita kecuali Sebuah KEJAYAAN..

Setakat ini post ana pada kali ni..
Moga bermanfaat dan moga Allah redha..







Monday 28 January 2013

Ilmu itu manis..

Ilmu itu memang manis dan indah kerana letaknya di dada..
bukan hanya pada buku just read for exam but tidak dihadam dengan elok utk diaplikasikan dalam kehidupan kita..
Nau'zubillahi min zalik..
Al-ilmu fiss sudur laisa fis sutur..
Pepatah arab ada mengatakan : "Ilmu kalau tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah"..
Yakni sebatang pokok yg tidak berbuah yg mana tidak menghasikan buah utk manfaat kepada tuannya dan juga orang lain..
Hidup mesti berpandu dan berlandaskan ilmu dan juga memberi manfaat kepada diri dan juga org lain..
Menuntut ilmu merupakan satu ibadah..
Dan Allah dalam firmannya : "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku"..
Ya Allah.. Bantulah hambamu yang hina dan dhoif ini bermujahadah dalam menunutut ilmu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Sudah genap satu semester ana menjadi mahasiswi usim dalam ijazah sarjana muda fiqh dan fatwa..
InsyaAllah.. next sem bi iznillah ana akan tukar course dakwah dan pengurusan..
Pada mulanya ramai asdikok ana yang nasihat agar kekal dalam fiqh dan fatwa dan ada yang menentang kerana apabila ana masuk dakwah nanti susah nak dapat kerja..
Kos fiqh dan fatwa byk peluang kerjanya nanti..
TAPI..
Ana akan tetap dgn keputusan yang ana buat iaitu nak study bukan hanya utk mendapatkan satu pekerjaan yang baik semata-mata tapi utk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT..
Walau ape pon yg kos yg kita amik kalau xdapat keredhaan Allah x guna jugak..
Ilmu yg ana dapat ana harap dapat beriman dan beramal dengannya..
Ana xnak belajar utk mengejar dunia sahaja tapi akhirat ape yang ana dapat..
Nau'zubillah..
Sementara umur masih muda yup manfaat umur kita dengan menuntut ilmu..
Tidak rugi dan tidak akan menyesal..
Ilmulah yang membezakan antara orang yang berilmu dan yang jahil..
TAPI..
Ianya mesti berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..
Hanya setakat ini yg ana mampu tulis..
Moga bermanfaat utk semua..
Tuntutlah imu dari buaian hingga ke liang lahad..



Monday 7 January 2013

Man ana..

Alhamdulillah ku panjatkan buatmu Illahi..
Hari ni ana dah merdeka.. hehe..
Merdeka daripada exam (Al-Madhal ila Al-Fiqh wal Al-Fatwa)..
Jeng... jeng.. dan akhirnya..
Tibalah saat-saat yang dinanti-nantikan..
Besok ana akan kembali ke kampung halaman kat Kelantan..
Moga Allah SWT memberkati perjalanan ana agar selamat sampai..
Ya Allah.. rindunyerr ana kat usrati..
rindu kat ma,abah dan adik-beradik ana yang ramai tu..
terutamanya adeq-adeq yg kecik..
Asin,Amad,Anan,Arshad,Aisyah,Una..
Baru sekarang ana dapat rasa perasaan orang yang duduk berjauhan dengan family..
Bahagianya dan tidak sabar rasanya utk pulang..



Ya Allah, hamba berharap kepadaMu agar Engkau memberikan keputusan yg terbaik kpd hamba..
Ya Allah, jadikanlah ilmu yang hamba pelajari selama ini bukan semata-mata utk exam shja..
Tetapi..
Jadikanlah ianya ilmu yang hamba boleh bawa sehingg mati sebagai bekalan di alam sana..
Amin Ya rabbal alamin..

Dulu teringin sangat nak study kat Mesir..
tapi bila dapat halangan daripada family ana t'paksa kuburkan niat ana..

Allah SWT tahu apa yang trbaik buat setiap hambaNya..
Allah takdirkan ana utk belajar di USIM..
Satu anugerah yg tidak ternilai bagiku..

Ya Allah, Engkau teguhkanlah hati ini dalam jihad menuntut ilmu di bumi USIM..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.. 

Tinta dari Qolbi..