Followers

Wednesday 13 February 2013

Khas buat adik-adik STAM


Alhamdulillah.. dah sampai pun kampung selepas menempuhi perjalanan dgn menaiki tren selama
 9 jam..
Balik je kampung hujan.. Tapi hujan tu Rahmat dari ALLAH.. Jadi kita jangan bersungut..


Setiasalah menjadi orang yang mensyukuri dengan segala nikmat dan rahmat dariNYA..

Apa ye yang ana nak kongsi pada kali ini..
Ana ni jenis orang yang tak boleh duk diam.. balik je kampung ade je kerjenye yang nak dibuat..
Hehe.. buat2 sibukkan dirilah kononnya.. 
Kalau ana duk diam je ana akan rasa kosong.. kosong..

Satu hari ana dapat mesej daripada seorang rakan yg menyuruh ana dan rakan2 yang lain pergi ke sekolah menengah ana dahulu..
Wah.. masa tu gembiralah coz orang yg suka busykan diri dapat 1 kerja gitu..
Tapi ana pikir.. Apa yang nak dibincangkan.. mcm formal je.. ermmm…
Xpe2.. tunggu punyer tunggu sampailah hari tersebut..
Rupe2nyer ustazah kiteorg nak Persatuan Tingkatan Enam 2011 (PERTINAM 11) mengadakan 1 program utk budak2 form 6 yg akan amik STAM pada taun ni..

Taun lepas result STAM menurun..  Ustazah xnak bdk2  STAM 2013 rase down dengan pencapaian sekolah past year so kiteorg kene bt 1 program like mentor mentee lah lebih kurang..
Kononnya result STAM 2011 gempaklah gitu.. tapi gempakkah???
Ermmm.. tibe2 terlintas kt hati layakkah aku untuk menjadi mentor???
Layakkah aku???

Rabbi yassir wala tuaasir ya karim..
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hamba jangan sukarkannya..
LAYAK atau TIDAK LAYAK??

Bukan itu yang menjadi masalahnya… Yang penting, nasihat ana buat diri ana..
ALAWIYAH.. kau kena lakukan yang terbaik.. jgn kau pandai ckp je kat budak2 ni tapi kau juga mesti menjadi mentor buat diri kau sendiri… Usaha dan jgn pertikaikan layak atau x??
InsyaAllah, program akan berlangsung pada 13 FEB..

Menjadi seorang pelajar ni banyak cabaran.. 
Bagi seorang pelajar yakni hamba Allah perkara yang perlu dipegang dan diamalkan ialah HABLUN MINALLAH.. HABLUN MINANNAS..

Hubungan sesama Allah perlu dijaga begitu juga hubungan sesama manusia..
Hubungan sesame manusia ni termasuklah dgn ibu bapa,guru2 dan kawan2.. semuanya kita kena jaga..
Kalau kita melakukan dosa kepada Allah, kita boleh memohon keampunan dan segera bertaubat kepada Allah..
Tetapi..
Jika kita melakukan kesalahan dengan manusia, kita msti memohon maaf dengan orang yang kita buat kesalahan kepadanya.. lagi2 hubungan dengan cikgu.

Ok.. ni nak masuk bab doa..


Sentuh je bab berdoa yakni memohon hajat kepada Allah..
Jangan kita berdoa saat exam hampir  but always du’a dari awal lagi..  Berdoalah daripada sekarang agar Allah menjadikan kita di kalangan orang2 yang berjaya..
Bukannya Allah x bagi kalau kita x berdoa last minute..

Tapi bila kita nakkan sesuatu kita mesti besungguh2 meminta.. meminta dengan cara mana sahabat..
berDOA..
Ad Du’a silahul mukmin.. Doa itu senjata orang mukmin..
Di samping kita berusaha ke arah mendapatkan kejayaan..
Selain berdoa lakukanlah segala apa yang Allah perintah dan jauhilah segala yang Allah larang...

Ok.. sekarang bab cinta..
Before that.. Say no to couple..

Cinta Monyet.. budak2 biasalah perasaan ingin disayangi dan menyanyangi..
Tak gitu??
Ana pun mengalami perasaan yang sama but Alhamdulillah ana terhindar daripada budaya couple zaman sekolah..
InsyaAllah.. moga Allah pelihara hati dan perasaan hati kita semua agar tidak terdorong kepada budaya cinta sebelum kahwin..
Sebagai pelajar, cinta monyet perlu dielakkan kerana ia bakal memberi kesan pada diri dan pelajaran kita..
Kalau dah clash meranalah hidup.. makan x kenyang, tidur x lena, mandi x basah n mcm2 lagilah..

Sama2lah kita semua renung-renungkan..
Ok adik2.. 


Semoga sinaran Imtiyaz benar2 menjadi milik antum... 

Ana rasa cukup sekadar ni sahaja coretan ana..
Jazakallah bg sesiapa yang sudi jenguk dan baca.. 
Moga beroleh manfaat..




2 comments:

  1. couple tu apa? just want to know from your perspective. :D
    *Boleh jawab bila Kerusi bertemu kerusi nanti*
    ~Tak sabar nak jumpa alawiyah~
    moga Allah redha
    ^^

    ReplyDelete
  2. hehe.. ala xnak ckp bab tu pnjg coz bkan bdg ala tuh..

    ReplyDelete