Followers

Wednesday 28 August 2013

Wahai para dai'e sedarlah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji kepada Sang Pencipta yang masih mengurniakan nafas buat diri yang kerdil ini.
Bermohonlah kepada Sang Pencipta tanpa mengenal erti penat dan lelah agar hidup disuburi dengan bunga-bunga keimanan.
Hiduplah kita di dunia ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Zariat 51: Ayat 56.
" Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mereka mengabdikan diri kepadaku".

Apa ertinya aku jadi dai'e?
Soalan ini sering kali bermain di fikiranku,
Bila aku tanyakan pada diri ini,
Apakah layak aku hendak mengelarkan diri seorang dai'e kalau aku tidak memanfaatkan segenap isi dan ruang untuk aku menjalankan tugas sebagai seorang dai'e?
Wahai diri. Renungilah apa itu erti dai'e?

Sudah lama jari jemari ini berehat dari menjalankan tugasnya, 
Di kesempatan ini terdetik hati yang kecil ini untuk meluahkan betapa syukurku pada Illahi kerana aku dilahirkan dalam islam. 
Betapa beruntungnya dilahirkan dalam islam, satu nikmat yang paling besar dan indah dari Allah SWT.

Di sepanjang tempoh cuti semester,  bertuah kerana dipilih oleh Allah SWT untuk mengikuti satu program yang diadakan khas untuk para pelajar orang asli yang baru menganut islam.
Subhanallah, mereka ibarat kain-kain putih yang sangat suci dan bersih bila dibandingkan dengan diriku,  mereka jauh lebih suci.


Taklimat Pengarah Program


Khusyuk mendengar taklimat

Peserta dari kalangan OA

First time mengikuti program sedemikian, rasa teruja untuk mengenali mereka, setiap FC mendapat 2 @ 3 adik angkat.
Kehadiran kami amat diterima baik oleh mereka, mudah untuk mendekati mereka apabila KASIH SAYANG yang kita taburkan pada mereka.

Semua FC diamanahkan untuk mengajar mereka amali solat iaitu memperbetulkan bacaan, gerakan dalam solat dll.
Apa yang kami perlu tekankan adalah bacaan wajib dalam solat agar mereka dapat ingat berbanding ajar semua tetapi menyukarkan mereka.
Mereka adalah saudara baru jadi cara pendekatan pun jangan terlalu memaksa.
Biarkan mereka rasa bahawa islam itu mudah.

Alhamdulillah, apabila disoal rukun iman dan islam mereka memang ingat jika hendak dibandingkan dengan ramai lagi pelajar melayu yang masih tertukar dan tidak ingat dengan kedua-dua rukun tersebut.
Aku merasakan program sebegini harus dilakukan juga kepada pelajar melayu yang memang dari kecil lagi sudah islam tapi bacaan dalam solat masih lagi tidak ingat.

Kalam kali ini diakhiri dengan sepotong ayat Al-Quran yang indah ini buat renungan pada diriku dan juga para sahabat di luar sana.

Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 13:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).




No comments:

Post a Comment