Followers

Sunday, 24 March 2013

Ukhwah Fillah Itu Indah


Alhamdulillahi rabbil alamin…
Syukur  ku panjatkan berkali-kali  kepadaMu  Ya Rabbi kerana hambamu yang hina ini dapat lagi bernafas di muka bumiMU  ini Ya Allah..
Sudah lama tangan ku berehat dari update blog..
Tetapi baru-baru ini, terdetik untuk menulis mengenai  PERSAHABATAN ..
Itulah.. di sebalik kita seronok bersama sahabat-sahabat kita tetapi ada yang diuji persahabatannya..
Ok..ni  apa yang ingin ku sampaikan pada sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah SWT..
Semoga ianya bukan hanya terlafaz di bibirku tetapi InsyaAllah jua di hatiku..

Dalam hidup ni,kita kena pandai pilih sahabat...bukan 'kawan' tapi 'SAHABAT'... Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sangat sukar dicari.... Sebab apa? Bagi ana, kawan adalah orang yang kita kenal, yang ada bersama kita ketika kita senang dan gembira... Tetapi SAHABAT, sentiasa ada disamping kita dikala kita susah, senang, kaya, miskin, sedih, gembira, dan dalam semua keadaan...Setuju?

Kalaulah kita diberi peluang untuk mencipta seorang SAHABAT, mesti kita nak yang baik-baik aje pada sahabat kita tu kan? Kita mesti nak sahabat yang :

- memahami hati kita
- tolong kita diwaktu susah
- menjadi tempat kita luah dan kongsi perasaan
- boleh pimpin kita ke syurga
- boleh tegur kita jika kita buat salah
- tidak pernah mengguris hati dan perasaan kita
- dan macam-macam lagilah... Betul?

Kalau aku pun, aku juga mahu sahabat sebegitu... Tapi, cuba kita fikir balik, layakkah kita mendapat sahabat yang macam tu?
Kita nak sahabat yang memahamai kita, tapi kita fahamkah perasaan kawan kita?
Kita nak sahabat yang sentiasa boleh tolong kita, tapi kita selalukah membantu kawan kita?
Kita nak sahabat yang tidak mengguris hati kita, tapi kita jagakah hati dan perasaan kawan kita?

Tapi ingatlah teman-temanku.. Manusia memang takkan pernah sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW yang maksum..

Andai seorang sahabat membuat kesalahan atau kita melihat perilaku yang tidak elok mengenainya..

Jangan.. jangan sesekali kita memandang dari sudut yang tidak elok tersebut wahai teman-temanku..
Tetapi.. Pandanglah dari sudut kebaikannya.. Mungkin ada yang kita terlepas pandang tentang keelokkan yang ada dalam diri teman-teman kita..
Kita sendiri juga tidak pernah sempurna yang memang tidak pernah mampu untuk memuaskan hati semua orang..
Tapi kita berusahalah untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik..
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naugan Allah SWT iatu
Di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan hebat di padang mahsyar.

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Jadi di sini berkasih sayanglah kita kerana Allah SWT..
Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH...


Ukhwah yang dibina antara teman, Biarlah seperti seutas tasbih,
Ada awal,  Tiada penghujungnya,
Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.

Wallahua'lam..

Semoga apa yang dikongsikan ini mendapat redha dari YANG MAHA ESA dan semoga kalian mendapat manfaat...