Followers

Tuesday, 9 October 2012

Wahai Sahabatku


Assalamualaikum..ya asdikok

Ku lihat langit pada hari ini sgt indah.. Langit yang indah terbentang luas.. Betapa perlu kita mensyukuri nikmat Yang Maha Esa.. La ila ha illallah Muhammad Rasulullah..
Hari ini ana terasa macam nak menulis mengenai persahabatan je..
Adakah kasih sayang dan cintaku pada sahabat seperti langit yang terbentang luas...
Apakah makna persahabatan yang sebenarnya?

Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa kecuali Allah Taala..
Hidup juga perlukan teman yakni sahabat..

Mak ana selalu pesan berkawan dengan semua tapi nak mendapatkan seorang sahabat atau teman sejati susah..
Tetapi bila kita berteman kerana Allah..
InsyaAllah.. kekal fi dunyal wal akhirah..

Persabatan manakah yang tidak pernah mengalami keretakan..
Mesti ada walaupun sekali..
Biasalah.. Kita berkawan dengan ramai orang dan mempunyai pelbagai ragam..
Tidak semua orang sukakan kita..

Tapi 1 tips dalam persabatan yang ana pegang sampai sekarang..
Seandainya seorang sahabat tu kite nampak lebih banyak keburukan daripada kebaikan..
Maka kita pandanglah dari sudut kebaikannya..

Tidak semua orang di dunia ni sempurna..
Yang kurang kita sama2 perelokkan..
Jangan mengharapkan balasan dalam persahabatan..
Tetapi harus diingati.. selalu memberi kasih sayang itulah yang terbaik..

Renungilah..
Hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya..
Teringat ana satu hadis mengenai persahabatan..
Mesti sahabat2 dah tahu tentang hadis ini..

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Sahabat..ayuh kita mengeratkan lagi ukhwah..
Yang jauh didekatkan..
Yang dekat kita rapatkan lagi..

Wallahu a'lam

Tinta dari Qolbi..
Insan yang lemah..