Followers

Friday 22 February 2013

Bicara Siswi Special



Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari..

Hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan peghulu hari, bermaksud: " Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)


Jom baca al-Kahfi jugak kawan-kawan..

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yg membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." 
Hadis Riwayat Ibnu Katsir...

Kat USIM biasanya akan ada bicara siswi pada setiap hari jumaat.. 
Hari ni special punyer bicara siswi..



Syukur kepadaMu Illahi dan selawat kepada Junjungan besar Nabi Muhammadad SAW ku panjatkan..
Alhamdulillah... ari ni jugak dapat menghadirkan diri di majlis ilmu iaitu Bicara Siswi yg menenangkan dan mendamaikan jiwa dan hati yg resah dan kosong ini dengan alunan lagu-lagu nasyid...
Ketenangan dan kedamaian yg ku rasakan ini sangat bermakna.. 
Ramai siswi yg hadir dan memenuhi DKF 2.1 FPQS..
Yelah... ni first bicara siswi dalam semester baru..
Semua rindu kat Bicara Siswi..

Wah.. Special tol bicara siswi hari ni after majlis dibuka dengan ummul furqan al-Fatihah dan asma al husna
 ada persembahan istimewa dari akak-akak MPP..
Terbaiklah MPP..
Akak-akak MPP banyak bagi semangat kat adik-adik terutamanya tentang turun naiknya result.. 
Bagi yg naik resultnya kekalkan.. yg turun pulak jgn berputus asa usaha lagi..
Ada hikmah di sebalik semua yg berlaku..
So.. la tahzan.. 


Antara kata-kata yang membuatku tertarik dari akak MPP  iaitu manfaatkan ruang-ruang yang ada.. kita datang kat USIM ni bukan untuk belajar je..
Jadi tak semestinya sibuk tak boleh berjaya.. 
Kadang-kadang kalau kita fikir Adakah Masa Kita Berkat? Sibuk tidak menjadi penghalang untuk berjaya sebab kalau sibuk kita tidak akan ada masa untuk melakukan perkara yg tidak berfaedah..
Nilah antara kata-kata yg ana suka.. hehe
So kawan-kawan manfaatkanlah masa kita dengan mengisinya dengan majlis ilmu dan perkara2 berfaedah yg lain..

Selepas kata-kata semangat dari akak-akak MPP.. dyeorg suruh kiteorg pejam mata dan pandang belakang.. 
Lepas bukak mata je.. 
Jeng-jeng..
Lebih kurang macam nilah kek coklatnya..
Kek coklat yang terhidang depan mata kiteorg.. 
Terharunya.. Nilah yg special dyeorg ckp.. 
Alhamdulillah.. dapat jugak merasa kek yg akak-akak buat.. 
Seorang demi seorang disuap.. 
Memang special.. Selapas kek disuap maka tamatlah acara untuk hari ini.. 
InsyaAllah.. bicara siswi setiap hari jumaat.. jgn lupa tau kawan-kawan... 

Akhir kalam..
Jadikanlah dunia ini medan untuk beramal. Hidup di dunia hanya sekali sahaja. Ahli hukama ada berkata, " Dunia adalah tempat beramal tiada balasan, dan akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal."

Orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dunia tempat bekerja bukan tempat rehat. Oleh itu kita mesti gigih melaksanakan amal soleh, memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan ilmu fardu ain dan menyampaikannya, berdakwah dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

Semoga apa yg dikongsikan ini mendapat redha dan kalian mendapat manfaat..










No comments:

Post a Comment